Posts

Showing posts from January, 2018

Johor: tempat paling menarik

Image
TEMPAT-TEMPAT PALING MENARIK DI JOHOR Budaya Johor Johor ialah sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Johor dipisahkan daripada Singapura oleh Selat Johor. Memandangkan, Johor adalah negeri kedua besar di Semenanjung, ia kaya dengan pelbagai budaya. Makanan Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras dan dihidangkan dengan gulai kambing atau satae. Otak-otak adalah isi ikan atau udang berempah. Kegemaran saya adalah laksa Johor yang diperbuat daripada ikan sardin berempah pedas yang bercampur dengan spaghetti. Sedapnya! Pakaian Tradisional Johor terkenal dengan baju tradisionalnya. Saudara lelaki sekalian bolehlah cuba Baju Melayu Cekak Musang  dan  Baju Teluk Belanga. Saudari-saudari pula akan nampak jelita memakai Baju Kurung, Baju Riau atau Baju Belah Kebaya Panjang. Tempat-tempat Paling Menarik di Johor                            ...